Telegram Channel
8 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 07 Mac 2022, telah diadakan Kelas Usahawan secara Atas Talian melalui Aplikasi Whatsapp bersama salah seorang usahawan PEDi Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Pembelajaran mengenai telegram channel ini adalah secara atas talian. Pada kali ini usahawan belajar cara untuk membuat telegram channel untuk produk-produk perniagaan beliau. Untuk makluman, telegram channel juga merupakan salah satu platform yang boleh digunakan untuk usahawan mempromosikan produk perniagaan dengan memasukkan gambar dan maklumat produk untuk dirujuk oleh pelanggan yang menyertai telegram channel tersebut. Staf PEDi untuk memberi garis panduan membuat Channel telegram untuk produk perniagaan usahawan. Di samping itu, Staf PEDi menunjukkan langkah-langkah untuk membuat Channel telegram untuk memudahkan usahawan mengikuti langkah-langkah tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: